Pandangan agama Islam Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Maksudnya: (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

(Surah Ali Imran: 45)

Dalam Islam, Jesus dikenali sebagai Isa dan merupakan salah satu daripada nabi-nabi Allah yang berpangkat tinggi serta paling disayangi yang dihantar semata-mata untuk membimbing Anak-anak Israel.

Berbeza dengan karya-karya Kristian, al-Quran tidak memerikan Jesus sebagai anak Allah, tetapi sebagai salah satu daripada lima orang nabi yang utama (antara banyak orang nabi) yang dihantar oleh Allah pada sepanjang sejarah untuk membimbing manusia. Ia juga menyatakan bahawa pengajaran Jesus kepada manusia pada asalnya adalah amat serupa dengan pengajaran nabi-nabi yang lain, dari Adam sehingga Nabi Muhammad, tetapi pengajaran itu kemudian diputarbelitkan oleh orang-orang Kristian yang awal. Jesus sebagai seorang dari kalangan Yahudi, dikatakan mengamalkan hidup Yahudi yang warak dan murah hati, dan menahan diri daripada memakan daging babi dan meminum alkohol.

Orang-orang Muslim juga mempercayai Jesus menerima Gospel yang dipanggil "Injil" daripada Tuhan yang sepadan dengan Wasiat Baru Kristian. Bagaimanpun, orang-orang Muslim berpendapat bahawa Wasiat Baru telah ditukar dengan berlangsungnya masa (seperti dengan Wasiat Lama, mengikut anggapan mereka) dan oleh itu, tidak tepat mewakili pengajaran asal Tuhan kepada manusia. Sesetengah orang Muslim menerima Gospel Barnabas sebagai wasiat Jesus yang paling tepat, walaupun ketulenan dan tarikh teks ini dipertikaikan oleh lingkungan-lingkungan akademik Islam, Kristian, dan sekular.

Bagaimanapun, al-Quran dan Wasiat Baru bertindih dalam aspek-aspek kehidupan Jesus yang lain; kedua-dua orang Muslim dan orang Kristian Ortodoks mempercayai Jesus dilahirkan dengan cara yang sungguh menakjubkan tanpa bapa biologi manusia melalui kehendak Tuhan, dan ibunya Mary (bahasa Arab: Mariam), adalah antara wanita yang paling alim dan suci, dan yang hidup seperti wali. Al-Quran juga menyatakan bahawa Jesus boleh melakukan mukjizat — walaupun hanya melalui kehendak Allah — termasuk menghidupkan orang mati, memulihkan penglihatan orang buta dan merawat penyakit kusta. Satu mukjizat yang dikatakan dibuat oleh Jesus dalam al-Quran, tetapi tidak dinyatakan dalam Wasiat Baru, ialah bahawa Jesus boleh bertutur untuk mempertahankan ibunya daripada tuduhan-tuduhan zina ketika beliau masih berumur beberapa hari. Al-Quran juga mengatakan bahawa Jesus ialah 'kata' daripada Allah kerana beliau telah diramalkan akan datang dalam Wasiat Lama.

Kebanyakan orang Muslim mempercayai Jesus tidak dibunuh atau disalib, tetapi Allah membuatkan wajah pengkhianat dalam kalangan Hawariyun serupa dengannya. Menurut Islam, Jesus atau Isa diangkat hidup-hidup dan ditempatkan di suatu lokasi yang tidak diketahui orang. Terdapat yang lain mengatakan bahawa Judas Iscariot yang salah seorang yang disalib oleh orang-orang Rom. Menurut dengan Imam Mahdi untuk menewaskan Dajjal ("Penipu", si Antichrist dalam kepercayaan Islam) ketika dunia ini dipenuhi dengan dosa, penipuan dan ketidakadilan, dan kemudian akan hidup sepanjang hayatnya.

Rujukan

WikiPedia: Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.aish.com/jewishissues/jewishsociety/Why... http://www.askmoses.com/qa_detail.html?h=120&o=350 http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Luke%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Matthe...